Sunday, 26 May 2019

Keluarga Mok Su Jaroh Akan Diberi Bantuan

SHARE

Oleh: Norekwan Mamat

BESUT, 26 Mei - Keluarga Zaharah Hasan, 70, atau lebih dikenali Mok Su Jaroh yang dilanda musibah kebakaran rumahnya di Kampung Belaoh, baru-baru ini akan diberi bantuan dengan segera.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad berkata, pihaknya akan berusaha semampu mungkin untuk membantu mangsa lebih-lebih lagi dalam suasana Aidilfitri yang bakal menjelang.

"Di peringkat awal ini, kita beri sedikit sumbangan berbentuk pakaian, makanan dan wang tunai," ujarnya.

Mok Su Jaroh tinggal bersama anak perempuan berserta dua orang cucu, masing-masing berusia 6 dan 8 tahun dan kini menumpang di rumah anak lelakinya buat sementara waktu sehingga tempat penginapan baru disediakan.

Turut hadir, Pegawai Daerah Besut,  Rozali Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Besut, Nawi Mohamad, Pemuda PAS DUN Hulu Besut dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Belaoh.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian yang dialami mangsa masih dalam siasatan.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: