Sunday, 12 May 2019

Isteri Ustaz Wan Sukairi Rai 60 Penduduk Paloh Sempena Ramadan

SHARE
Dr Fadzilah Ismail (kiri) menyampaikan sumbangan sempena Ramadan kepada salah seorang penerima. Foto oleh - Wan Luqmanul Hakim
Oleh: Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU, 12 Mei - Isteri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan  Belia,  Sukan dan NGO negeri,  Dr Fadzilah Ismail meraikan 60 orang penduduk kurang berkemampuan di Kampung Paloh kelmarin.



Dr Fadzilah berkata, antara lain, platform Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat yang dinamakan Khairunnisa' Terengganu yang turut dianggotai beliau berfungsi untuk membantu tugas suami mereka berdepan dengan pelbagai lapisan rakyat.

Malah, ia juga menunjukkan sikap kebertanggungjawaban yang kuat isteri wakil rakyat terhadap peranan suami tanpa mengira waktu, apatah lagi pada Ramadan, bulan yang diraikan dan memupuk kasih sayang sesama umat Islam.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: