Tuesday, 28 May 2019

Fenomena Istiwa' 'Adzam Sahkan Arah Kiblat

SHARE

KUALA TERENGGANU, 28 Mei - Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu mengumumkan fenomena Istiwa’ ‘Adzam akan berlaku pada hari ini (28 Mei) bersamaan 23 Ramadan 1440.

Istiwa’ ‘Adzam merupakan fenomena di mana kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah. Fenomena itu dijangka berlaku hari ini pada jam 5.16 petang serta 16 Julai 2019 pada 5.28 petang.

Pihak pejabat agama memaklumkan, orang ramai boleh mengesahkan arah kiblat ketika fenomena berkenaan berlaku melalui cara:

Pertama, pastikan jam yang digunakan selaras waktu standard Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan disemak melalui (http://mst.sirim.my).

Kemudian, pacakkan objek lurus di kawasan lapang yang rata dan tidak terlindung daripada cahaya Matahari.

Seterusnya, pastikan bayang-bayang yang dihasilkan objek itu dapat dilihat dengan jelas.

Ketika tepat jam 5.16 petang hari ini serta 16 Julai pada 5.28 petang, tanda atau gariskan bayang-bayang yang terhasil daripada objek lurus tersebut.

Arah kiblat ialah arah bayang-bayang yang menghala kepada objek lurus berkenaan.


-     



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: