Monday, 6 May 2019

Dr Samsuri Imamkan Solat Zuhur

SHARE


KUALA TERENGGANU, 6 Mei - Kepimpinan kerajaan negeri bersama warga kerja Wisma Darul Iman menunaikan solat zuhur berjemaah pada hari pertama sambutan Ramadan di Tingkat 18, wisma berkenaan, hari ini.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengimamkan solat zuhur berkenaan.


Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A.Rahman Yahya, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah.

Jemaah turut berkesempatan mendengar tazkirah daripada Mohd Nor seusai solat berjemaah itu.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: