Monday, 6 May 2019

Dispilinkan Anak, Ibu Tunggal Jangan Lepas Tangan

SHARE

Oleh :Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 6 Mei - Kesibukan mencari nafkah untuk menanggung keluarga bukan menjadi alasan untuk tidak melaksanakan tugas dalam mendisiplinkan anak-anak.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional negeri, Alias Harun berkata sebagai ibu tunggal, samada berpisah hidup ataupun mati, akan menghadapi masalah kewangan dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

"Lebih-lebih lagi ibu yang kena bekerja, tanggung anak-anak, balik(dari kerja) nak membasuh kain, nak memasak lagi, berat (tugas) seorang ibu tunggal.

"Kesibukan ini menyebabkan anak-anak terabai, kadang kala ia menjadi tekanan,"ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang berkata demikian ketika merasmikan Majlis Masih Ada Cahaya, Santai Ibu Tunggal yang diadakan di Dewan Sivik Seberang Pintasan baru-baru ini.

Di majlis yang sama, Pegawai Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT)  Dungun, Farah Nor Faradila Mohd Zuki dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) Dungun, Mohd Naufal Yusoff turut memberi penerangan berkaitan agensi masing-masing.


Di samping itu, seramai hampir 200 orang yang dikategorikan sebagai ibu tunggal menerima sumbangan berupa barangan dapur.

Tambahnya lagi, apabila mereka berseorangan akan menyebabkan emosi akan terganggu.

"Jadi mereka perlu tempat mengadu, tempat mengadu yang terbaik adalah kepada Allah, berdoalah dan lembutkan hati anak - anak dengan bacaan ayat-ayat al-Quran.

"Itu adalah antara cara terbaik untuk kita mengawal anak-anak, mendisiplinkan mereka agar tidak terjebak dengan gejala sosial terutamanya najis dadah,"katanya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: