Wednesday, 15 May 2019

Beramallah Umpama Ramadan Ini Ramadan Terakhir - MB Terengganu

SHARE
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (kiri) menyampaikan tazkirah ringkas sempena Ramadan di Masjid Kampung Pengkalan Berangan (Lama) semalam. Foto oleh - Media MB
MARANG, 15 Mei - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyeru seluruh umat Islam khususnya rakyat Terengganu untuk memanfaatkan bulan Ramadan yang penuh dengan kemuliaan dan kian menghampiri fasa pertengahan.

"Beramallah umpama Ramadan ini Ramadan yang terakhir buat kita. Belum tentu kita akan menemuinya lagi pada tahun hadapan.

"Sudah semestinya kita nak puasa yang lebih baik dari tahun lepas maka penghayatan dan amalan perlu seiring. Pada akhirnya kita akan bertemu dan dihisab di hadapan Allah SWT di hari akhirat kelak," pesannya ringkas.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan di Masjid Kampung Pengkalan Berangan (Lama), di sini semalam.


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar atas kesempatan beliau menghadirkan diri dan meraikan rakyat DUN Pengkalan Berangan.


Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: