Wednesday, 29 May 2019

Anak Terengganu Dinobatkan Ikon Muda Koperasi Kebangsaan 2019

SHARE

KUALA TERENGGANU, 29 Mei - Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Terengganu 2018, Muhammad Hilman Nor Azmi, sekali lagi mengharumkan nama Terengganu apabila dinobatkan Ikon Muda Koperasi oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Beliau yang juga calon saintis Islam Terengganu menjadi satu-satunya pelajar dari negeri Terengganu yang dipilih sebagai ikon belia kebangsaan atas kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Muhammad Hilman, 17, merupakan antara dua pelajar di negeri ini yang berjaya memperoleh semua A dalam 11 mata pelajaran didudukinya pada SPM tahun lalu.

Anak kepada pasangan doktor yang bertugas di hospital kerajaan di Pahang itu bukan sahaja cemerlang dalam SPM 2018, tetapi juga menghafaz 30 juzuk al-Quran, aktif dalam aktiviti lain di sekolah termasuk sebagai ahli lembaga koperasi sekolah.

Pemilihan pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu itu berdasarkan kecemerlangan dalam akademik dan kegiatan kokurikulum termasuk sebagai ahli lembaga koperasi sekolah dan berupaya menjadi contoh kepada pelajar lain.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: