Sunday, 5 May 2019

Alhamdulillah, Kami Selamat Untuk Bertemu Ramadan

SHARE

Oleh: Firdaus Mohammad Zainal

DUNGUN, 5 Mei - Dalam kesyahduan umat Islam bermunajat agar sampai hayat ke bulan ibadah Ramadan al-Mubarak, lima sahabat ini amat terharu apabila mereka masih berpeluang untuk terus bernafas.

Awal pagi hari ini, mereka terlibat nahas di Lebuhraya Pantai Timur berhadapan kawasan rehat & rawat (R&R) Paka selepas lori yang dinaiki terbabas ke longkang.

Dua mengalami parah, masing-masing patah kaki dan tangan serta cedera teruk di muka dan kepala manakala tiga yang lain cedera ringan.

Sebuah jentera bomba dari balai Paka  serta dua ambulan dikejarkan ke lokasi nahas bagi menyelamatkan mangsa.

Menurut saksi, lori milik kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu gagal dikawal sebelum terbabas.

Pasukan keselamatan lebuh raya turut bergegas mengawal lalu lintas bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.

Kesemua mangsa dihantar ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: