Sunday, 12 May 2019

ADUN Bandar Santuni Petugas Malam Agih Juadah Sahur

SHARE
Ustaz Ahmad Shah (dua dari kanan) menemui anggota polis di Balai Polis Chabang Tiga sempena Program Singgah Sahur.


Oleh : Syed Abdul Rahman dan Ariss Alias

KUALA TERENGGANU, 12 Mei - Sebagai menghargai tugas penjawat awam yang berkhidmat pada waktu malam, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ustaz Ahmad Shah Muhamed turun padang bagi menemui golongan sasar itu  menerusi program singgah sahur yang bermula jam 1 hingga 3 pagi, semalam.
  
Dalam program anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) itu, beliau singgah di beberapa balai polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta sekolah kebangsaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar itu bagi menemui anggota polis, bomba, Ikatakan Relawan Rakyat (Rela) dan pengawal keselamatan bagi mengagihkan makanan untuk bersahur.

Program itu turut disertai Penyelaras i-MiTS, Syed Hassan Mohamad dan Belia i-MiTS Bandar, Muhammad Suhaimi Ghazali.

Ustaz Ahmad Shah (dua dari kanan) menyampaikan bungkusan makanan sahur kepada anggota Rela yang mengawal di JPJ Kuala Terengganu.
Sebanyak 60 bungkus makanan sahur diedarkan kepada petugas berkenaan. Kesemua penjawat awam berkenaan teruja dan menyambut baik usaha murni tersebut.

Sementara itu di Setiu, Pegawai Hal Ehwal Belia i-MiTS DUN Langkap, Baihaqiey Ahmad pula mengetuai Program Kembara Pertubuhan Sahabat Komuniti Sejahtera DUN Langkap (Pemula), Berkat Sahur 1.0, turut menemui anggota polis, pengawal keselamatan sekolah dan pekerja stesen minyak di Mukim Chalok 1 untuk menyampaikan sumbangan makanan sahur.

Baihaqiey berkata, sebanyak 40 bungkus makanan sahur  diagihkan kepada mereka berkenaan dengan bantuan tujuh nggota  Pemula Sejahtera.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: