Wednesday, 29 May 2019

Abdul Hadi Imbau Kenangan Berpuasa Waktu Kecil

SHARE




MARANG, 29 Mei - Kemeriahan menyambut bulan Ramadan mungkin berbeza pada setiap orang mengikut budaya, negeri dan negara masing-masing.

Begitu juga dengan pengalaman yang dilalui oleh Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang ketika berkongsi pengalaman berpuasa sewaktu zaman kanak-kanak beliau.

Kata beliau dengan penuh teruja, zaman kanak-kanak adalah memori yang sentiasa membuatkan beliau ketawa dan sedih.

“Ketika nenek atau datuk masih ada mereka selalu ajak untuk berbuka sekali, duduk ramai antara ahli keluarga.

"Orang Melayu kebiasaannya berpantun pada bulan Ramadan, pada mulanya mereka mengajar niat puasa, tapi saya hafal pantun orang melayu yang berbunyi aur-aur minaka, malam bersahur pagi berbuka,” ujarnya selepas selesai sesi rakaman ucapan hari raya Aidilfitri di kediamannya, Kampung Rusila, di sini, semalam.

Abdul Hadi berseloroh lagi, pengalaman sewaktu kecil itu sebenarnya yang membantu kita untuk menghadapai pelbagai dugaan pada masa hadapan.

“Selepas itu, apabila kita sudah besar (berusia) barulah mereka pertingkatkan cara berpuasa, memang masa berpuasa betul-betul pada peringkat awal berasa sangat letih.

“Yang paling suka sekali waktu berbuka. Bergaduh dengan kakak, kakak nak makan itu saya nak makan ini,” tambahnnya lagi sambil tersenyum.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: