Friday, 17 May 2019

600 Bekas Bubur Lambuk Diagih Kelab Wisma Darul Iman

SHARE
Dato' Tengku Farouk mengagihkan bubur lambuk di luar perkarangan Wisma Darul Iman kelmarin.
KUALA TERENGGANU, 17 Mei - Kira-kira 600 bekas bubur lambuk diedarkan secara percuma kepada orang ramai oleh Kelab Wisma Darul Iman di luar perkarangan bangunan tersebut kelmarin.

Agihan itu disampaikan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri, Dato' Tengku Farouk Hussain Tengku Abdul Jalil mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya selaku Pengerusi Kelab.


Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri, Haji Zainal Abidin Muhammad dan Setiausaha Kelab, Azizul Islam.

Setiap tahun, bubur lambuk dimasak sendiri oleh kakitangan Wisma Darul Iman dengan sebanyak 22 buah kawah digunakan untuk menyediakan 3,500 bekas kepada kakitangan pada tahun ini.

Masyarakat merasai sendiri keenakan bubur lambuk yang menjadi tradisi setiap kali menjelang Ramadan itu.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: