Sunday, 12 May 2019

520 Golongan Asnaf Terima Sumbangan Ramadan

SHARE

Oleh: Alfian Mamad

KEMAMAN, 10 Mei  - Seramai 520 golongan asnaf di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN)Kijal  menerima sumbangan awal Ramadan di Majlis Iftar Jamaie Kijal.

Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Ustaz Hazri Jusoh berkata program ini merupakan kerjasama antara Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kijal dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

"Terima kasih kepada anak syarikat negeri (GLC) dan individu yang memberi sumbangan bagi menjayakan majlis ini.

"Semoga apa yang dilakukan ini mendapat keredaan Allah apatah lagi di bulan yang mulia ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dimajlis yang diadakan di Kompleks Paya Lasir, Bandar Baru Kijal, baru-baru ini.


Seramai seribu orang hadir di majlis berkenaan termasuk penerima sumbangan dan masyarakat dipelusuk DUN Kijal.

Sementara itu Pengerusi MPKK Kampung Pengkalan Cicar, Razali Awang berkata walaupun sumbangan ini tidak seberapa, namun ia amat bermakna bagi mereka yang amat memerlukannya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: