Friday, 17 May 2019

500 Solat Jumaat Bersama Sultan Mizan Di Masjid Kubang Parit

SHARE
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (kanan) menyambut keberangkatan Sultan Mizan hari ini. Foto oleh - Media MB
KUALA TERENGGANU, 17 Mei - Hampir 500 jemaah menunaikan solat Jumaat bersama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Masjid Kubang Parit, Kuala Terengganu, di sini hari ini.

Sultan Mizan, yang tiba jam 1.03 tengah hari, turut diiringi Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.

Sultan Mizan sempat meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelata selepas selesai menunaikan solat Jumaat.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: