Monday, 27 May 2019

45 MPKK Felda Diberi Taklimat Akta GSA

SHARE


KUALA NERUS, 27 Mei- Seramai 45 pengerusi dan setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di seluruh 21 Tanah Rancangan Felda negeri ini telah diberi taklimat mengenai Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960 di Dewan Ehsan Pejabat Felda Wilayah Terengganu.

Taklimat itu telah disampaikan oleh Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu, Mohd. Helmi Fakhzan Abd. Wahab.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim dan Pegawai Penyelidik (Tanah Persekutuan) Pejabat Menteri Besar Terengganu, Naraza Muda.


Sementara itu Dr Azman berkata, taklimat berkenaan bertujuan memberikan penerangan secara lebih terperinci tentang Akta GSA kepada wakil peneroka.

“Termasuklah berkaitan urusan permohonan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian atau apa-apa tujuan perlu mengikuti garis panduan yang ditetapkan.

“Supaya rakyat dapat hak mereka yang sepatutnya,” ujarnya ketika berucap merasmikan taklimat tersebut, semalam.

Katanya, terdapat lebih 7,000 peneroka Felda di seluruh negeri ini.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: