Monday, 8 April 2019

Wujud Pusat Riadah, Didik Masyarakat Jaga Kesihatan

SHARE




Helmi Abdul Salam

BATU RAKIT, 8 April-  Pusat Sukan di Kampung Wakaf Cagak di sini akan dijadikan Pusat Riadah Keluarga bertujuan mendidik masyarakat setempat menjaga kesihatan dan memupuk semangat silaturahim.

Pegawai Penyelarasnya Ustaz Mohd Shafizi Ismail, berkata penjagaan kesihatan sangat penting bagi mengelak pelbagai  penyakit kronik,  termasuk strok, diabetis, serangan jantung dan darah tinggi., 

Katanya, tubuh badan yang sihat akan menjadikan akal yang baik dan pihaknya turut berhasrat untuk membina 'Sport Centre' bagi semua golongan di sini.

“Saya difahamkan tuan Imam Masjid mukim kita pun salah seorang peserta Muay Thai malam ini.

“Pihak DUN menyokong segala aktiviti riadah oleh masyarakat di dalam DUN kita dan akan membantu apa jua yang baik,”katanya ketika merasmikan pembukaan gelanggang Muay 
Thai di Kampung berkenaan pada 6 April.

Katanya, namun segala perancangan itu bergantung pada bajet yang ada termasuk untuk mengadakan perbincamgan bersama pihak kerajaan.

“Tegasnya kedudukkan pusat sukan itu berada di lokasi yang cukup strategik kerana sudah tersedia ada aset yang di perlukan.

“Tempat ini sangat cantik untuk dijadikan tempat bersukan, ada gelanggang futsal ,padang bola dan  taman permainan kanan-kanak,” katanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Balai Polis Batu Rakit,  Tengku Mohd Bakor Raja Sulaiman dan Imam Masjid Mukim Batu Rakit Ustaz Nabil Mat  yang juga salah seorang peserta Muay Thai.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: