Sunday, 7 April 2019

Warga Cina Dapat Perhatian Ahli Parlimen Kuala Nerus

SHARE
Menghulurkan bantuan kepada keluarga Chua Tee Lan.


Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 7 April - Seorang warga Tionghua, Chua Tee Lan, merupakan seorang pesakit yang menghidap penyakit strok telah mendapat perhatian Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Khairuddin berkata, keperitan yang dialami oleh warga Tionghua itu akan dipantau daripada semasa ke semasa.

Jelasnya, pihaknya juga telah melakukan beberapa tindakan awal terhadap keluarga berkenaan termasuk menghulurkan sedikit bantuan.

Seorang warga Tionghua, Chua Tee Lan, 69 tahun, telah mengidap penyakit stroke sebanyak dua kali dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana menjalani pembedahan pada 25 Februari 2019.

“Saya telah memaklumkan kepada Timbalan Ketua Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN), Hafeez Sahidi untuk meninjau keadaan yang dialami oleh Chua Tee Lan di Perumahan Taman Sejati, Gong Badak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima aduan daripada orang ramai berkenaan kesusahan yang dialami oleh warga Tionghua itu, baru-baru ini.

Turut hadir, pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh dan pegawai PKAPKN.

Sementara itu, menurut Hafeez Sahidi, kesukaran yang dihadapi itu membantutkan segala aktiviti keluarga terbabit.

“Keadaan warga Tionghua berkenaan sangat merisaukan kerana selalu terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapat rawatan,”tambahnya.

Ziarah bermula pada pukul 11.00 hingga 11.30 pagi dan pihak PKAPKN telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai bagi meringankan beban yang ditanggung oleh Chua Tee Lan sekeluarga.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: