Friday, 12 April 2019

Tindakan Pantas 'Jaga' Selamatkan Rumah Terbakar

SHARE

Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 12 April - Tindakan pantas pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Delong, Che Wan Othman Che Wan Sulong, 52, berjaya menghalang api daripada terus merebak dalam satu kebakaran  di sebuah rumah berhampiran sekolah berkenaan.

Beliau yang melihat kejadian itu telah bertindak segera memadamkan  api yang mula marak dengan menggunakan alat pemadam kebakaran sekolah.

"Kebakaran telah disedari oleh orang kampung, masa tu api baru mula nak marak, dalam pukul 1.00 tengah hari,  jadi dengan menggunakan alat pemadam api, saya dan orang kampung cuba padamkan api," ceritanya.


Beliau berkata demikian ketika kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun di tempat kejadian, di sini kelmarin.

Menurutnya, api berjaya dipadamkan setengah jam kemudian di mana sebanyak lima buah tabung alat pemadam api telah digunakan.


Terdahulu, kebakaran berlaku kelmarin ketika Mohd Rosli Hamzah, 52, dan isteri, Akmawati Abdul Rahman, 50, yang mendiami rumah tersebut bersama tiga orang anaknya tiada di rumah.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: