Tuesday, 23 April 2019

'Teruskan Jihad Pendidikan' - YDP DUN Terengganu

SHARE
Haji Yahaya (tengah) membaca Surah Yasin di Masjid Sultan Ahmad Cukai Kemaman malam ini.

KEMAMAN,  23 April - Kerajaan negeri mengharapkan para pendidik Terengganu meneruskan jihad pendidikan sehingga anak negeri terus cemerlang dalam bidang tersebut. 

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Haji Yahaya Ali berkata, mereka tidak harus berada dalam zon selesa sehingga hasrat kerajaan dan rakyat Terengganu dalam bidang tersebut tidak dapat dipertahankan.

"Para pendidik Terengganu tidak harus berada dalam zon selesa,  mereka perlu meneruskan  jihad pendidikan sehingga Terengganu terus cemerlang dalam pendidikan," tegasnya.

Haji Yahaya
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2019 di Masjid Sultan Ahmad Chukai di sini malam ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik,  Ir. Saiful Azmi Suhaili, ADUN Air Putih, Ab Razak Ibrahim, Pegawai Daerah Kemaman, Osman A Bakar dan Pengarah Pendidikan Negeri, Haji Shafruddin Haji Ali Hussin.

Haji Yahaya seterusnya berkata, jihad pendidikan adalah perlu bagi meletakkan negeri Terengganu lebih baik dari sebelumnya sesuai dengan moto negeri Terengganu, Maju, Berkat dan Sejahtera.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: