Sunday, 28 April 2019

Terengganu Serius Nilai Integriti - MB

SHARE

KUALA TERENGGANU, 28 April - Kerajaan Terengganu akan bertegas dan tidak memandang remeh setiap isu melibatkan integriti dalam kalangan penjawat awam di negeri ini.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sudah tentu pihak kerajaan juga akan memperhalusi dan melaksanakan penambahbaikan yang berterusan bagi menghalang perkara tersebut daripada berlaku.

“Kita akan  tengok  apa jua ruang untuk tutup perkara yang boleh mengganggu kestabilan integriti.

“Segalanya boleh berlaku dan  penyalahgunaan ini perlu  dihindarkan sama sekali. Itu sebagai suatu ingatan kepada semua dalam apa jua perkara,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Taklimat Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Bersama Pentadbiran Kerajaan Terengganu 2019 di Tingkat 17, Wisma Darul Iman, hari ini.


Menurutnya, taklimat tersebut adalah asas utama yang dibuat oleh mana-mana organisasi di awal pemerintahan sama ada kerajaan atau pun syarikat.

“Kalau kita tengok lantikan penjawat (sama ada) di peringkat pegawai tadbir di negeri ataupun Persekutuan, kursus mengenai SPRM dan akta yang berkaitan keselamatan dalam negara serta berkait dengan polis adalah sebahagian daripada tajuk induksi," ujarnya.

Justeru itu, beliau mengingatkan kepada semua pegawai kerajaan di semua peringkat agar mengambil serius mengena perkara tersebut.

“Saya akan bincang dengan  negeri lain juga yang di bawah pemerintahan PAS  seperti Kelantan dan akan dapat arahan daripada  pimpinan PAS Pusat apa langkah seterusnya supaya (semua) sejajar dengan apa jua tindakan,” katanya.










SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: