Sunday, 21 April 2019

Terengganu Galak Program Jom Cuci Masjid

SHARE
Ariffin menerima kemeja T sebagai gimik perasmian.
KUALA NERUS, 21 April - Kerajaan Terengganu sentiasa menggalakkan segala usaha baik dan bermanfaat kepada rakyat negeri berkenaan termasuklah Program Cuci Masjid yang diadakan di Masjid Pantai Tok Jembal, di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman ketika merasmikan penutup program itu merakamkan ucapan terima kasih di atas usaha murni tersebut.


"Terima kasih kerana memilih negeri Terengganu untuk program siri ke-33 kali ini.

"Kami daripada kerajaan negeri menyokong usaha ini yang memberi banyak manfaat dan jika ingin adakan siri ke-34 di Terengganu, kami alu-alukan," katanya.
Peserta Jom Cuci Masjid bergambar di penghujung program.
Program tersebut dianjurkan Media Prima Berhad dengan usaha sama Sifu Bikerz, Malaysia Community Care Foundation (MCCF) dan TV3 Bikers sebagai aktiviti amal yang diadakan di seluruh negara.

Hadir sama, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Fazil Wahab dan Penerbit Teknikal Kanan Jabatan Kejuruteraan Media Prima Berhad, Abdul Jalil Kamaruddin yang juga merupakan penyelaras program.

Peserta turut dijamu dengan masakan tempatan.
Dalam program berkenaan, peserta membersihkan kawasan masjid, perkuburan serta mengecat masjid melalui tajaan cat  daripada MCCF.

Lebih 150 penduduk dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tok Jembal turut hadir membantu program itu.

Turut hadir, pendakwah bebas, Hanafiah Abd Malek daripada Sifu Bikerz.





SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: