Thursday, 11 April 2019

Surau Awam Long Beach Mosque Di Pulau Perhentian

SHARE


Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 11 April- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pulau Perhentian, di sini mengambil inisiatif membina surau untuk kemudahan pelancong beragama Islam, penduduk setempat dan  pekerja chalet di pusat peranginan tersohor itu.

Pengerusi MPKK kampung itu, Mohd Zakwan Mat Nasir, berkata surau yang dibina secara bergotong-rotong itu sudah lama dinanti penduduk setempat berikutan kesukaran menunaikan solat apabila ke Pulau Perhentian Kecil sebelum ini.

Katanya, kemudahan yang mampu memuatkan 20 jemaah pada satu-satu masa itu dibina membabitkan peruntukan RM10,000 hasil sumbangan orang ramai serta sumber kewangan daripada tabung MPKK itu m


“Pihak MPKK bersetuju menamakan surau yang mula dibina awal bulan lalu itu dengan nama Surau Awam Long Beach Mosque.



“Lengkap dengan kemudahan  tandas, kipas dan bekalan air, pastinya memberi keselesaan kepada jemaah surau untuk menunaikan ibadah solat,”katanya ketika dihubungi media Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).


Mohd Zakwan berkata, kemudahan itu dijangka dapat digunakan orang ramai dalam tempoh terdekat selepas selesai majlis kesyukuran dan solat hajat.


“Pihak MPKK mengucapkan terima kasih mana-mana pihak dan individu yang setia menghulurkan khidmat tenaga dan sumber kewangan bagi merealisasikan hasrat penduduk setempat memiliki surau,”katanya
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: