Sunday, 7 April 2019

Sultan Mizan Berangkat Ke Majlis Santapan Malam Pegawai Tadbir Negeri Terengganu

SHARE
Ketibaan Tuanku disambut meriah.

KUALA TERENGGANU, 6 April - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke majlis santapan malam bersama Persatuan Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini, malam tadi.

Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah. Baginda berdua diiringi Ahli Dewan Pangkuan Diraja, Dato’ Haji Isa @ Ghazali Endut bersama isteri, To’ Puan Aishah Hitam.

Keberangkatan baginda disambut oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman serta Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato' A. Rahman Yahya dan isteri, To' Puan Kamsiah Dollah.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali dan isteri, Zarani Othman, Timbalan SUK (Pengurusan) merangkap Yang Dipertua Persatuan Pegawai Tadbir negeri, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil serta 182 pegawai tadbir negeri.
Persembahan alunan muzik tradisional dan moden turut disajikan. 
Dalam majlis berkenaan, baginda turut dipersembahkan dengan usaha dan pencapaian pegawai tadbir negeri dalam pelbagai lapangan.

Sebelum berangkat balik, Sultan Mizan turut berkenan bersalaman dengan pegawai yang hadir.




SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: