Monday, 1 April 2019

Sidang DUN : YPU Sediakan Skim Dana Bantu Usahawan Kembang Perniagaan

SHARE

KUALA TERENGGANU, 1 April - Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) menyediakan pelbagai kemudahan skim dana usahawan untuk memperkembangkan lagi perniagaan para usahawan negeri ini.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah, antaranya menerusi Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS) yang memperuntukkan sejumlah RM15 juta.

“Dengan wujudnya TUGAS yang menggabungkan skim-skim sedia ada seperti Skim Pinjaman Peningkatan Perniagaan Terengganu (SP3T), Dana Usahawan Belia Sejahtera (U-BES), Tabung Siti Khadijah (TSK), Dana Prihatin Terengganu (D-HATI) dan lain-lain dilihat sangat tepat bagi memastikan usahawan Terengganu mengembangkan lagi potensi perniagaan dan meningkatkan ekonomi rakyat.

“Beta turut dimaklumkan sepanjang tahun lalu, Urusetia Pembangunan Usahawan Terengganu (PEUTER) telah melaksanakan pelbagai program keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan, antaranya seperti latihan dan kemahiran, penyertaan usahawan ke ekspo serta ‘showcase’ yang diadakan di dalam dan di luar negara,” titahnya.

Sultan Mizan bertitah demikian ketika menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: