Tuesday, 2 April 2019

Sidang DUN : Terengganu Lulus 4 Projek RMM Bernilai RM10 Juta

SHARE
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
KUALA TERENGGANU,  2 April - Kerajaan negeri meluluskan peruntukan projek Rumah Mampu Milik (RMM) sebanyak RM10 juta untuk empat kawasan di negeri Terengganu.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, setiap kawasan masing-masing mendapat peruntukan sebanyak RM2.5 juta. 

Katanya,  kawasan tersebut ialah Rancangan Perumahan Mampu Milik (RPMM) Tok Jembal,  Kuala Nerus,  Rumah Mampu Milik (RMM) Tajin,  Hulu Terengganu,  (RMM) Tempinis,  Besut dan RMM Gong Chengal,  Kemaman. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura,  Haji Wan Hapandi Wan Nik dalam Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu  Ke-14, di sini hari ini. 

Haji Wan Apandi ingin tahu status pembinaan RMM yang telah diputuskan pada sidang DUN lepas di empat kawasan dan jumlah peruntukan projek tersebut. 

Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang seterusnya berkata,  sehingga Mac tahun ini,  dua tender projek telah pun ditutup iaitu projek RPMM Tok Jembal,  Kuala Nerus dan RMM Tajin,  Hulu Terengganu. 

"Manakala RMM Tempinis,  Besut berada dalam penyelaras pra-pelaksanaan dan RMM Gong Chengal (II),  Kemaman akan diteliti pelaksanaannya dari semasa ke semasa," ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: