Wednesday, 3 April 2019

Sidang DUN : SUTERA Platform Lahirkan Atlet Terkemuka

SHARE

KUALA TERENGGANU, 3 April - Sukan Terengganu  (SUTERA) bakal menjadi acara berprestij dalam melahirkan atlet-atlet sukan berwibawa di negeri ini .

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, SUTERA akan menjadi acara dwi tahunan sebelum Sukan Malaysia (SUKMA) berlangsung.

"Untuk tahun ini, ia akan berlangsung pada 5 hingga 9 September dan merupakan pertandingan sukan dwi tahunan yang kita buat untuk Terengganu. Ini bermakna pada 2019 kita akan jayakan untuk SUTERA dan tahun 2020 bagi SUKMA. Begitulah seterusnya, ia akan bergilir.

"SUTERA 2019 juga akan menjadi sukan patuh syariah pertama yang diadakan dan kita akan berusaha untuk menjayakannya sebaik mungkin," ujarnya.

Beliau berkata demikian  ketika berucap menggulung perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-14, di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Tambah Wan Sukairi, dalam mesyuarat kali pertama, pihaknya juga bercadang untuk menjemput negeri jiran iaitu Pahang dan Kelantan untuk turut sama menyertainya.

Dalam masa terdekat, kertas panduan berkenaan dan sebagainya akan dibentangkan oleh Mufti Negeri Terengganu, Sahibus Samahah Dato’ Dr. Zulkifly Muda, pada mesyuarat berikutnya.

Katanya lagi, pemilihan atlet untuk SUTERA akan diserahkan kepada Majlis Sukan Daerah masing-masing yang dipengerusikan Pegawai Daerah untuk membuat keputusan.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: