Monday, 1 April 2019

Sidang DUN : Pembangunan Seimbang Di Tiga Daerah Terengganu

SHARE

KUALA TERENGGANU, 1 April -Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mahu Kerajaan PAS Terengganu memberi penekanan kepada pembangunan seimbang antara daerah di negeri ini.

Baginda bertitah, daerah-daerah seperti Setiu,  Hulu Terengganu dan Besut perlu diberi suntikan pembangunan yang baharu.

"Berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah pada tahun 2016, pendapatan isi rumah jauh ketinggalan.

"Beta suka mencadangkan agar pembangunan ekonomi di daerah-daerah ini dirancang berdasarkan kekuatan setempat khususnya dalam sektor pertanian dan pelancongan," titah baginda.

Baginda bertitah pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Keempat Belas di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Sultan Mizan bertitah, peruntukan yang mencukupi dan usaha yang berterusan hendaklah dilaksanakan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur, pemuliharaan tanah terbiar dan memperkasakan sektor pertanian.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: