Monday, 15 April 2019

Seni Bela Diri Silat Perlu Dipertahankan

SHARE

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 15 April - Kegiatan seni beladiri silat di negara ini perlu dipertahankan terutamanya dalam kalangan generasi muda, Kata Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh.

Menurutnya, silat merupakan seni warisan bangsa yang perlu dipertahankan bagi memastikan khazanah ini terus kekal terpelihara dan tidak luput ditelan zaman.

"Saya berbangga apabila masih terdapat ramai anak muda yang menceburi seni beladiri silat ini dalam keadaan anak muda negara kita yang lebih suka bermain dengan gajet.

"Saya berharap warisan ini terus diajar kepada generasi-generasi muda supaya ianya terus berkembang,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majalis Pentauliahan Tamat Latihan Siri ke 6 Bangsal Persilatan Seni Silat Tari Jatuh Kampung Tok Saboh, Besut, baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi.

Azbi turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan majlis ini serta orang ramai yang tidak jemu-jemu memberi sokongan.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: