Friday, 19 April 2019

Sekelip Mata Rumah Esah Hangus Dijilat Api

SHARE

Oleh : Muhd Afiq Zohir

BESUT, 19 April - Penduduk kampung Gerai, Jerteh dikejutkan dengan insiden kebakaran yang meranapkan sebuah rumah dalam sekelip mata, lewat malam kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu, menyebabkan mangsa, Esah Mamat, 61, serta seorang anak dan cucu yang menghuni di situ kehilangan tempat berteduh dan semua barangan musnah akibat api yang marak dengan cepat dan menyambar keseluruhan rumah.



Saksi kejadian, Muhd Shahruniza, 25, berkata, dia bersama penduduk kampung tidak mampu berbuat apa-apa melainkan memastikan semua mangsa selamat dalam kejadian itu .


“Api mula membakar dari dalam bilik sebelum membakar keseluruhan rumah.

"Penduduk kampung tidak mampu berbuat apa-apa melainkan menelefon pihak bomba,"katanya.


Sepasukan bomba yang tiba beberapa minit kemudian berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh 15 minit.

Susulan itu, Pejabat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh mendapatkan maklumat daripada mangsa kebakaran untuk membantumeringankan bebanan mangsa.

Difahamkan, akibat kejadian yang berpunca daripada litar  pintas itu, mangsa kerugian kira-kira RM70,000.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: