Monday, 15 April 2019

PPD Bukit Besi Sertai Latihan Keselamatan Di Air

SHARE


 
Ghazali (tiga dari kanan) sertai latihana keselamatan di air di Tasik Puteri Bukit Besi.

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 15 April - Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman antara 30 peserta  yang menerima latihan keselamatan di air dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Bandar Al-Muktafi Billah Shah, di sini, baru-baru ini.

Beliau bukan hanya sekadar turut serta tetapi mengikuti segala modul yang dikendalikan oleh JBP di Tasik Puteri Bukit Besi di samping mencadangkan idea untuk memperkemaskan lagi latihan bagi persediaan menghadapi insiden lemas di masa akan datang.

Ghazali ketika ditemui di tempat yang sama berkata, latihan selama dua jam itu sangat penting dan perlu didedahkan kepada masyarakat, agar mereka mampu menjalankan usaha menyelamat orang awam ketika berdepan dengan insiden kecemasan di air.

Ghazali (kanan) bersama 30 peserta lain menerima latihan keselamatan di air di sekitar kawasan Tasik Puteri Bukit Besi baru-baru ini.

"Kita telahpun adakan program ini sepetang, selama dua jam, di mana setiap peserta telah dibimbing oleh wakil JBP untuk mempelajari kaedah menyelamat di air.

"Modul yang diikuti merupakan asas pertama iaitu bagaimana cara untuk apungkan diri  dan diajar bagaimana teknik yang betul untuk menyelamat mangsa apabila berlakunya saat-saat yang tidak diingini di air," ujarnya.

Peserta latihan termasuk 12 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), seperti Pengerusi MPKK Felda Jerangau Cawangan Dua, Anuar Omar, Pengerusi MPKK Batu Sawar, Khaziman Khalik, Pengerusi MPKK Jerangau, Arfan Tahir, Pengerusi MPKK Felda Jerangau 1, Mohd Sidek Muhammad, Pengerusi MPKK Bukit Besi Cawangan Perumahan, Abas Abdul Ghani dan tujuh AJK MPKK yang lain.



Turut serta, enam AJK Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Besi termasuk Penyelia i-MiTS, Khaziman Khalik; Penolong Pegawai IT, Mohd Hanif Safwan Mansor; Pembantu Penyelia Hal Ehwal Masyarakat, Mohd Noor Azian; Pembantu Penyelia Latihan, Abdul Malik Rani; Pembantu Penyelia Hal Ehwal Belia, Che Wan Mohd Fikri Che Wan Mubin; Pembantu Penyelidik, Mohamad Izat Fauzi, lapan  remaja lepasan sekolah DUN berkenaan dan tiga individu lain.

Ghazali berkata, pihaknya merancang mengadakan beberapa siri latihan keselamatan lain bersama JBP itu di masa akan datang termasuk bagi menghadapi insiden kebakaran dan kecelakaan udara khusus untuk masyarakat DUN berkenaan.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: