Saturday, 13 April 2019

Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu Lahirkan Pelapis Sukan Berkuda

SHARE
Atlet cilik yang bakal meneruskan kecemerlangan sukan berkuda Terengganu.
SETIU, 13 April - Acara Sampingan Kids Fun Ride sempena kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu adalah platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan berkuda.

Kids Fun Ride merupakan acara berkuda yang disertai oleh kanak-kanak berusia bawah 12 tahun sambil diiringi seorang penunggang senior.

Acara sampingan lain yang turut berlangsung serentak ialah pertandingan Endurance kategori pony (30KM) dan beginner riders (20KM) serta Barrel Race.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang acara sampingan pada Majlis Makan Malam Sempena Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP), Lembah Bidong, Setiu, semalam.

Ahmad Samsuri (tengah) hadir menyampaikan hadiah.
Hadir sama dalam majlis itu ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pegawai Kewangan negeri, Mohd Zahari Md Azahar dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azhar Abdul Hamid.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah serta Pegawai Daerah Setiu, Mohd Sophian Abu Bakar.

Sementara itu, acara Endurance 20KM turut mencuri tumpuan apabila personaliti terkenal, Syed Mohd Nor Hisyam muncul sebagai 5 peserta terbaik dalam acara itu.

Acara penuh Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu berlangsung hari ini dan dijangka majlis pelepasan 'FlagOff' pertandingan itu yang melibatkan kategori CEI 80KM, CEN 80KM dan CEN 40KM akan dihadiri oleh Ahmad Samsuri.

Ustaz Syed Mohd Nor Hisyam memenangi tempat kelima.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: