Sunday, 7 April 2019

Pertandingan Dam Haji `Kedai Mek Nab' Meriah

SHARE


Oleh: Syed Kamal

KUALA TERENGGANU, 5 April- Permainan tradsional dam aji berupaya memupuk ketajaman akal dan meningkatkan daya fokus diminati seluruh lapisan usia dan masih popular di kalangan masyarakat kampung sehingga kini.

Bagi terus menghidupkan permainan nenek moyang itu, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pasir Panjang menganjurkan Pertandingan Dam Aji di `Kedai Mek Nab', Jalan Pasir Panjang, baru-baru ini.


Pengerusi MPKK Pasir Panjang, Mohd Zakaria Abdul Rahman berkata, pertandingan itu mendapat sambutan hangat sehinggakan tapak pertandingan dipenuhi orang ramai tanpa mengira lapisan usia selama dua hari pertandingan.

Menurutnya, melihat permainan itu masih diminati ramai menyebabkan beliau tercetus idea menganjurkan pertandingan yang bertujuan meneruskan tradisi lama itu di samping dapat mengeratkan hubungan antara sesama penduduk kampung.

“Alhamdulillah, pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan di luar jangkaan kami, saya lihat bukan sekadar‘orang lama’, malahan orang muda dan kanak-kanak juga menunjukkan minat menyertai pertandingan ini.

“Tujuan asal pertandingan ini diadakan untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk kampung di samping dapat menghidupkan suasana meriah di kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika perasmian penutup yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: