Sunday, 7 April 2019

Penuhi Kehendak Rakyat Ikut Kepentingan-Dr. Ahmad Samsuri

SHARE

KUALA LUMPUR, 7 April - Kerajaan negeri sentiasa berusaha mendengar dan memenuhi segala kehendak rakyat mengikut kepentingan dalam segenap aspek kehidupan seharian.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya akan melihat kepentingan keperluan dan kehendak rakyat terutama yang menjadi janji manifesto PAS dalam Pilihanraya Umum Ke 14 (PRU14) yang lepas.

Katanya, aspirasi rakyat menjadi keutamaan dan harus dihormati agar pembangunan yang dilaksanakan benar- benar memberi manfaat.

"Kita lihat secara keseluruhan dan tengok yang mana perlu didahulukan.

"Kemudian bila dilaksanakan akan berdepan dengan masalah baharu, kita akan jumpa kelemahan dan kekurangan yang perlu dari maklumat yang disampaikan oleh rakyat supaya ia boleh diperbaiki untuk cara penyampaian agenda rakyat seterusnya,"katanya.

Beliau berkata demikian di Program Jelajah Anak Terengganu Pasca Pembentangan Bajet Negeri 2019 Zon Tengah di Dewan Sri Iskandar, Setiawangsa, di sini hari ini.


Turut hadir ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan Exco-exco kerajaan negeri.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Yayasan Terengganu, Dr. Hashim Azmi Che Noh serta Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said.

Tambah Dr. Ahmad Samsuri, ia merupakan tanggungjawab bersama semua rakyat Terengganu untuk membina, membangun dan mensejahterakan negeri yang dicintai.

Untuk rekod, Program Jelajah Anak Terengganu Pasca Pembentangan Bajet Negeri 2019 merupakan inisiatif kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu dalam memberikan maklumat yang tepat dan terkini kepada anak-anak Terengganu yang berada di perantauan.

Majlis anjuran Yayasan Terengganu dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan negeri itu meraikan 250 anak negeri terdiri daripada ahli-ahli PERMATA dan Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU)
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: