Tuesday, 30 April 2019

Pengerusi, Setiausaha MPKK Ikuti Kursus Pengendalian Komputer

SHARE

Oleh : Muhd Afiq Zohir



BESUT, 26 April- Hampir 70 peserta terdiri daripada pengerusi dan setiausaha setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di daerah ini mengikut kursus pengendalian komputer .

Pembantu Penyelia IT Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) Jerteh, Mohd Alif Aiman berkata, program seumpama itu dapat menambahkan ilmu berkaitan kepentingan penggunanan teknologi maklumat di mana kebanyakan peserta kurang berkeyakinan menggunakan komputer.

“Pelbagai ilmu didedahkan termasuk pengisian microsoft word dan excel.

"Saya berharap apa yang dipelajari sepanjang kursus ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan pengurusan MPKK, terutama berkaitan surat , kertas kerja dan sebagainya,” katanya.beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: