Tuesday, 16 April 2019

Penduduk Digalak Bercucuk Tanam

SHARE



HULU TERENGGANU 16 April- Penduduk daerah ini disaran merebut peluang mendapatkan bantuan serta khidmat nasihat yang disediakan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Jabatan Pertanian untuk menjalankan projek pertanian secara komersial mahupun sampingan bagi menambah pendapatan keluarga.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang,  Dr Mamad Puteh berkata, kerajaan menyediakan skim bantuan khusus bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar, luar bandar dan taman perumahan untuk menjalankan aktiviti bercucuk tanam di sekitar kediaman masing-masing.

Katanya, inisiatif itu diperkenalkan selepas menyedari terdapat penduduk mempunyai minat bercucuk tanam tetapi terpaksa berdepan dengan masalah kawasan yang terhad selain kekurangan modal untuk mengusahakan sebarang tanaman secara komersial.

“Pada masa sama, Jabatan Pertanian ada memperkenalkan program pertanian bandar yang berkonsepkan penanaman moden seperti penggunaan `nutrient nilm techigue, nutripot dan edible garden'.

“Konsep yang diperkenalkan itu berjaya dilaksanakan di pekarangan Pejabat Pertanian Daerah Hulu Terengganu, sekolah-sekolah, beberapa agensi dan komuniti sekitar Hulu  Terengganu, " katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Hari Peladang dan Bertemu Pelanggan MOA Peringkat Hulu Terengganu, hari ini.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: