Sunday, 21 April 2019

Pembangunan Fizikal Perlu Selari Dengan Pembangunan Jiwa

SHARE

Oleh: Muhd Syafiq Syakirin

SETIU, 19 April- Pembangunan fizikal yang dibina perlulah ditambah dengan taqwa bagi melahirkan masyarakat yang sihat dan aman.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, ia dapat dilihat pada sejarah tentang kaum Ad yang membina rumah daripada bukit-bukit tetapi dihancurkan akibat kekufuran yang dilakukan.

"Sejarah telah mengajar kita bagaimana kaum 'Ad membina perumahan yang indah, diperbuat daripada bukit-bukit.

"Akan tetapi  dihancurkan akibat maksiat yang dilakukan mereka,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Ramah Mesra bersama penduduk Pulau Redang di Balai Raya Kampung Baru, Pulau Redang, baru-baru ini.

Mohd Nor juga berpesan agar sentimen politik perlu dibuang bagi melahirkan penyatuan ummah yang baik tanpa mengira agama mahupun bangsa.

"Penyatuan ummah perlu dibangkitkan, dan buanglah sentimen politik bagi melahirkan masyarakat yang harmoni dan dapat meningkatkan imej kita terhadap masyarakat luar,"ujarnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: