Friday, 19 April 2019

Pajakan Lama Untuk Tapak Pasar Tani Yang Lebih Selesa

SHARE

Oleh: Syed Abdul Rahman

KUALA TERENGGANU, 19 April- Sebahagian besar peniaga Pasar Tani Padang Hiliran menyarankan agar tapak perniagaan Pasar Tani diberikan pajakan yang lama supaya dapat dibangunkan sebagai tapak perniagaan yang lebih baik dan selesa.

Salah seorang peniaga, Hisyam Zuhdi, berkata pajakan yang lama ini akan membantu membina satu tapak perniagaan yang sesuai seperti  mengadakan sebuah pejabat untuk menguruskan para peniaga.

"Dengan pengurusan yang kemas, kami berharap kawasan tesebut diselenggara dengan baik supaya tapak perniagaan menjadi kawasan yang selesa untuk berniaga, tidak berdebu dan tiada gangguan air bertakung.

"Sekiranya tiada apa-apa perjanjian, sukar bagi kami untuk membangunkan tempat yang sesuai dengan kehendak peniaga dan hasrat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ,"katanya kepada pemberita ketika ditanya berkait permasalahan di kawasan itu, di sini hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed diiringi Pengarah FAMA Negeri, Fauzi Mohamad dan pegawainya membuat tinjauan serta beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung di  Pasar Tani Padang Hiliran.

Sementara itu, Ahmad Shah berkata  pihaknya akan melihat keperluan dan akan membantu para peniaga supaya perniagaan mereka lebih maju.

“ Pihak kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada para peniaga untuk mencari rezeki dan mengembangkan perniagaan dan ekonomi mereka," katanya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: