Thursday, 4 April 2019

MB Terengganu Lancar Misi MAKSAK Daki Gunung Kinabalu

SHARE
Dr Ahmad Samsuri (dua dari kiri) menyerahkan bendera negeri Terengganu kepada Che Adam (tengah) untuk Misi Mendaki Gunung Kinabalu, Sabah, 10 hingga 13 April ini.
KUALA TERENGGANU, 4 April - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar melancarkan Misi Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Terengganu Untuk Pendakian Solo, Gunung Kinabalu, Sabah, di Tingkat U2 Wisma Darul Iman, di sini, semalam.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri,  Dato' A Rahman Yahya dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman. 

Misi MAKSAK TRG dè Kinabalu Peak 2019 yang julung-julung kali diadakan itu bakal dilaksanakan oleh Che Adam pada 12 April ini. 

Beliau akan menbawa Panji Terengganu Maju Berkat Sejahtera, sebagai simbolik bakal menyambut setahun pentadbiran Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Menteri Besar Terengganu serta akan membawa Panji APM, bersempena Ulangtahun Pertahanan Awam Malaysia yang ke 67.

Beliau akan turut mengibarkan panji MAKSAK Terengganu di Puncak Gunung Kinabalu yang merupakan puncak tertinggi Malaysia dengan ketinggian 4,052 meter,  pada pagi hari tersebut. 

Dato' A Rahman (kiri) ketika diwawancara media sempena Misi Mendaki Gunung Kinabalu, Sabah 10 hingga 13 April ini.
Projek akan bermula 10 hingga 13 April ini diilhamkan oleh A. Rahman yang berhasrat  mahu melihat satu dimensi cabaran baharu kepada seorang pegawai kanan Kerajaan Terengganu berupaya mendaki puncak tertinggi negara itu. 

Katanya, sebelum ini belum pernah ada pegawai kanan jabatan atau agensi kerajaan yang melakukan misi MAKSAK seumpama itu, sama ada dari MAKSAK negeri mahupun dari MAKSAK Malaysia.

Menurut beliau, perancangan serta latihan bermula sejak awal Januari tahun ini, dengan latihan kecergasan fizikal, pendakian bukit, gunung dan denai serta latihan gym telah dilalui dengan konsisten oleh Che Adam. 

Kos projek sebahagian besar ditaja oleh pihak MAKSAK Terengganu dengan peruntukan sebanyak RM4,500, meliputi kos tempahan pakej pendakian, makan minum, kos latihan, pengurusan dan sebagianya, manakala sebahagiannya ditanggung oleh peserta projek itu sendiri.

Dalam misi itu nanti, Che Adam akan diiringi oleh seorang rakan media  yang bertindak sebagai rekod dokmentasi serta hebahan kepada umum.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: