Sunday, 21 April 2019

Mat Motor Meriahkan Medan Ilmu Jerteh

SHARE

Oleh: Muhd Afiq Zohir

BESUT, 21 April - Hampir 30 penunggang motosikal daripada Kelab Motosikal Alternative Riding Club (ARC) Besut hadir memeriahkan Kuliah Medan Ilmu Jerteh.

Pengerusinya, Mohd Jali Sulong berkata, kumpulannya selaku penggemar roda dua juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menimba ilmu pengetahuan.

Katanya, selagi jasad dikandung hayat kita tidak terlepas untuk terus menimba ilmu bagi memastikan kita tidak ketinggalan dalam apa jua bidang.

“Suasana sebegini perlu dikekalkan kerana ia dapat membentuk persekitaran yang sejahtera.

“ Kuliah medan ilmu ini juga dapat mengajar para penunggang motosikal agar dapat menjaga tingkah laku sama ada di majlis ilmu atau diatas jalanraya,” katanya
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: