Wednesday, 24 April 2019

Masalah Bekalan Air 10 Keluarga Di Kg. Air Terjun, Besut Bakal Diselesaikan

SHARE

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 24 April - Masalah bekalan air yang dialami oleh 10 keluarga di Kampung Air Terjun, Besut bakal diselesaikan dengan segera.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berkata beliau dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Air Terjun telah mengambil inisiatif bagi membina paip air.

Katanya, masalah tersebut berlaku disebabkan kawasan berkenaan tidak mempunyai paip air jalan yang membolehkan penduduk kampung menyalurkan air bersih ke rumah mereka.

"10 keluarga yang menetap di sini sudah 15 tahun tinggal dengan hanya menggunakan bekalan air telaga.

"Jika berlaku musim kemarau, ianya akan menyukarkan mereka bagi mendapat bekalan air yang secukupnya bagi kegunaan harian,"ujarnya kepada media ketika ditemui baru-baru ini.

Tambahnya, paip air setelah diselesaika, ia dapat menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk yang terlibat.

"Saya berharap projek ini dapat disiapkan dengan segera bagi memudahkan urusan mereka yang terlibat,"ujar beliau.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: