Thursday, 18 April 2019

Kursus Star@u Myfuture Plus Tumpu Golongan Belia Berpendapatan Rendah

SHARE


Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) menyasarkan sekurang-kurangnya puluhan belia daripada keluarga berpendapatan rendah di negeri ini menyertai Kursus Star@u Myfuture Plus secara percuma bertujuan melahirkan  belia berkemahiran.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata penganjuran kursus empat hari yang julung kali itu dapat menarik minat 50 peserta dan berkemungkinan akan ditingkatkan bilangannya  pada program akan datang.

“Peserta kali ini menumpukan lima bidang utama iaitu asas pendawaian elektrik, asas kimpalan, pemasangan dan selenggara paip domestik serta jahitan kreatif  jenis jeans.

“Penyertaan diutamakan kepada pelajar sekolah menengah berdekatan, selain menawarkan kepada golongan belia daripada keluarga berpendapatan rendah,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Tamat Latihan Kursus Star@u Myfuture Plus di IKBN Wakaf Tapai, di sini, hari ini,

Hadir sama,Pengarah IKBN Wakaf Tapai, Mohd Fauzi Arifin.

 Seorang peserta Orang Kurang Upaya, Muhamad Hanis Syakir Mahatdir, 18,  berkata dia berasa bangga dapat bersama-sama peserta normal lain mengikuti  program kimpalan.



“’Ilmu yang ada akan digunakan sebaik mungkin, sekiranya  memperoleh tawaran kerja daripada mana-mana syarikat,”katanya.

Peserta berbangsa Cina dari Sekolah Menengah Wakaf Tapai, Marang, Lee Shuang Hong, 17, dia tidak berasa janggal meyertai program itu walaupun dia satu-satu peserta berbangsa Cina.
 
“Saya mengikuti program itu bersama 29 rakan sekolah lain kerana mahukan pelbagai ilmu kemahiran, terutama berkaitan elektrik,”katanya.
.
.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: