Monday, 8 April 2019

Keropok Dungun FC Muncul Juara Kejohanan Futsal Terbuka Dungun

SHARE
Foto ihsan :  Jurugambar Karnival.

Oleh :Nooreni Abu Bakar


DUNGUN, 8 April - Pasukan Keropok Dungun berada dalam kelas tersendiri apabila melakar sejarah pada Kejohanan Futsal Terbuka sempena Karnival 60 Tahun PAS Kawasan Dungun setelah meraih gelaran juara.

Menurut urus setia kejohanan, Muhamad Yusuf Zainal Abidin, kejuaraan pasukan tersebut diraih setelah melepasi cabaran 36 pasukan dari seluruh Terengganu yang mengambil bahagian.

Jelasnya, pertandingan itu juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan terutamanya daripada golongan anak muda.

Kita telah menerima penyertaan sebanyak 36 pasukan daripada seluruh Terengganu, ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di Beach Courts Futsal, disini kelmarin.


Hadir sama bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik. 

Pasukan Keropok Dungun muncul johan apabila menundukkan pasukan Masjid Lama Kampung Sura dengan jaringan 4-3 menerusi sepakan penalti 
Dalam aksi yang penuh dramatik itu, kejayaan skuad Keropok Dungun tersebut tidak datang dengan mudah apabila perlawanan terpaksa diheret hingga ke penentuan sepakan penalti selepas masa sebenar tamat tanpa jaringan. 

Pasukan itu membuktikan kejaguhan mereka untuk dinobat juara apabila berjaya meledakkan jaringan dalam semua percubaan sepakan.

Dengan kejayaan tersebut mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 beserta piala dan pingat kejohanan. 






SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: