Sunday, 14 April 2019

Kerjasama MPKK, PAS Cawangan Bina Tandas Selesa Untuk Pesakit Saraf

SHARE

Oleh : Nooreni Abu Bakar 

DUNGUN, 14 April- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
dengan kerjasama PAS dan Pemuda Cawangan Gong Pasir mengadakan gotong-royong membina bilik air yang lebih selesa untuk kegunaan pesakit saraf, Mohd Razali Mohd Nor.

Pengerusi MPKK berkenaan, Husnu Hussin, berkata, Razali menceritakan kesukaran dihadapinya kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun, ketika kunjungan pemimpin itu ke rumahnya sebelum ini.

"Kedudukan bilik air di rumahnya yang agak jauh dan perlu ke bahagian bawah dengan menuruni tangga, menyukarkannya yang menghidap sakit saraf tumit.

"Penyakitnya memang sukar untuknya berjalan dan dia sendiri menggunakan bantuan tongkat empat kaki," katanya.

Katanya ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam.

Husnu berkata, ADUN Rantau Abang turut menyertai gotong-royong menyiapkan bilik air bersebelahan bilik tidur Ramli pada Jumaat lalu.

Husnu turut berharap dengan kemudahan itu membolehkan Ramli yang sebelum ini bekerja sebagai tukang rumah untuk berdikari dan mampu mengurus diri dengan lebih baik.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: