Monday, 15 April 2019

Kerajaan Tumpu Pembangunan Sukan Luar Bandar

SHARE



Oleh: Wan Luqman Hakim

KEMAMAN, 13 APRIL-Pembangunan sukan di kawasan luar bandar adalah penting dalam usaha kerajaan negeri  melahirkan masyarakat sihat tanpa sebarang penyakit.

Pengerusi  Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata program sukan luar bandar ini bertujuan memupuk minat dan menarik penyertaan orang ramai di peringkat akar umbi ke arah membudayakan masyarakat bersukan agar dapat merialisasikan konsep Terengganu, Cergas, Sihat dan Bersatu

Katanya, antara tujuan utama program itu adalah untuk meluaskan akses kemudahan sukan kepada rakyat di kawasan pendalaman, menyerlahkan potensi belia pandalaman dan luar bandar dalam kepimpinan.


“Saya mengharapkan program sebegini dapat terus dianjurkan pada masa akan datang," tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sukan Luar Bandar Peringkat Negeri Terengganu 2019, Kampung Seberang Tayor, Kemaman

 Turut hadir  Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Mohd Soufi  Mohd Ibrahim dan Penolong Kanan Pegawai Daerah Kemaman.Khairul Anuar Yasin,

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: