Monday, 15 April 2019

`Kedah' Juara Bola sepak Tujuh Sebelah MPKK Bukit Depu

SHARE

Oleh:Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU, 13 April- Pasukan Kedah menjuarai Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Tertutup MPKK Bukit Depu di Padang Bola Sepak Bukit Depu, semalam.

Pasukan itu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM250, piala pusingan dan medal dalam kejohanan yang julung kali diadakan ini.

Kejohanan julung kali yang dianjurkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Depu mendapat sambutan baik di kalangan penduduk setempat dengan penyertaan lapan pasukan

Antaranya Perak, Kedah, Pahang, Terengganu, JDT, Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka yang bersaing sengit antara mereka yang diadakan secara tertutup pada peringkat kampung tersebut.

Timbalan Pengerusi MPKK Bukit Depu, Mohd Izzat Abdullah berkata, kejohanan bola sepak bukan hanya perlawanan di atas padang malah menjadi faktor untuk mengeratkan hubungan yang baik antara ahli kampung.

“Selain itu, kejohanan ini adalah untuk mengeratkan MPKK kepada anak muda dan masyarakat melalui aktiviti sukan bukannya hanya program kemasyarakatan sahaja," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di sini, semalam.

Majlis diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk,Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Dalam kejohanan ini, pasukan Pahang berjaya bergelar naib juara manakala  tempat ketiga dan keempat disandang oleh pasukan Perak dan Kuala Lumpur.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: