Monday, 1 April 2019

GPB Sumbang RM50 Ribu Sempena Golf Amal MB Terengganu

SHARE

KUALA TERENGGANU, 1 April – Kumpulan Golden Pharos Berhad, anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, menyumbang sebanyak RM50 ribu sempena Terengganu Inc Classic ‘Golf Amal Menteri Besar Terengganu’.

Sumbangan tesebut diserahkan kepada Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu majlis makan di Palm Garden Golf Club, Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GPB, Dato’ Nadza Abdul berkata, sumbangan tersebut dibuat bagi mendokong hasrat dan usaha menteri besar dalam menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Sumbangan ini diserahkan sendiri kepada menteri besar bagi merealisasikan impian beliau supaya bantuan disalurkan kepada persatuan yang terpilih.

“Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa Kumpulan GPB cakna terhadap aktiviti-aktiviti kebajikan seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pertandingan amal tersebut, Kumpulan GPB menghantar 16 peserta bagi menyertai program yang dianjurkan oleh Kumpulan Terengganu Inc.

Seramai 144 peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan syarikat swasta telah menyertai program tersebut yang turut disertai oleh mantan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: