Thursday, 18 April 2019

Fahami Maksud ‘Tiada Paksaan Dalam Beragama’

SHARE


Oleh : Hidayah Azlin 

SETIU, 18 April – Pemahaman tiada paksaan dalam beragama perlu difahami sebaiknya agar tidak diputar belit oleh pihak tertentu yang boleh membawa kepada pandangan negatif terhadap Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, tiada paksaan dalam beragama bermaksud orang bukan Islam tidak dipaksa untuk memeluk Islam. Namun, seruan Islam mestilah disampaikan kepada mereka.

“Ruang untuk menyampaikan dakwah Islam jangan disekat. Selepas itu, terserahlah kepada mereka sama ada nak terima atau tidak. Pemerintah Islam tidak boleh paksa, ugut, tekan, tangkap atau yang sewaktu dengannya supaya mereka memeluk Islam,’’ tegasnya.

Dr. Azman berkata demikian menerusi laman Facebook rasmi beliau, pagi ini.

Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi itu berkata, bagi orang Islam pula, mereka tertakluk kepada hukum untuk wajib mematuhi syariat Islam.

“ Pemerintah mesti memastikan ummat Islam dalam negeri atau negara hidup dengan pematuhan kepada syariat Allah. Ada ketikanya sampai memerlukan penguatkuasaan undang-undang,’’ jelas beliau lagi.

“ Contohnya, jika pemerintah mewajibkan menunaikan solat Jumaat atau mewajibkan wanita Islam menutup aurat, itu tak dinamakan paksaan dalam beragama. Benda sebegini mudah saja nak faham kecuali kalau ada niat nak putar belit, ulas beliau lagi.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: