Sunday, 14 April 2019

Facebook, Instagram Dan WhatsApp Bermasalah Untuk Diakses

SHARE



Hari ini (Ahad) merupakan hari yang kurang baik bagi pengguna media sosial berikutan pelbagai perkhidmatan tergendala dan mengalami masalah untuk diakses oleh pengguna di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Selain Facebook antara perkhidmatan yang terjejas seperti Instagram dan juga WhatsApp.

Bagaimanapun, Facebook sehingga kini tidak mengeluarkan sebarang komen lagi berkaitan masalah itu.

Sebelum ini, kira-kira sebulan lalu ketiga-tiga perkhidmatan ini turut menghadapi masalah untuk diakses sebelum pulih sepenuhnya beberapa jam kemudian.

Bagi anda yang menggunakan ketiga-tiga perkhidmatan ini, adakah komunikasi anda terjejas hari ini? Atau anda menggunakan perkhidmatan alternatif untuk kekal berhubung dengan rakan-rakan anda?
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: