Friday, 26 April 2019

ECRL: Sedikit Perubahan Jajaran Di Terengganu

SHARE


KUALA TERENGGANU, 25 April - Projek mega laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu akan mengalami sedikit perubahan jajaran.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jumlah stesen juga dikurangkan kepada enam berbanding perancangan asal sebanyak lapan.

“Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) ECRL yang diuruskan oleh  Kerajaan Malaysia dan pihak Kerajaan China di mana pegangan antara mereka (adalah) 50-50.

“Dan sekarang ini dalam proses peringkat akhir dari segi laluan. Apa yang berlaku selepas sebelum penangguhan, kerajaan  telah membuat satu penentuan tertentu  tentang laluan termasuklah stesen-stesen yang akan dilalui,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Misi Kemanusiaan Gaza 2019 di Damai Loungce, Tingkat U2, Wisma Darul Iman, semalam.

Menurut Dr. Samsuri, laluan jajaran baru itu diubah sedikit ke sebelah dalam bukan menghala ke pantai seperti laluan asal sebelum ini.

Oleh itu kata beliau, selepas diberhentikan sementara, kemudiannya Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa pertimbangan baru untuk mengurangkan kos pembinaan.

“Antaranya mengurangkan jumlah stesen dan mengubah yang laluan awal itu yang  tidak melalui Serendah, Gombak dan Bentong serta dibuat melalui Bangi menghala ke Kuala Kelawang dan Jelebu  ke Mentakab.

“Walaupun begitu penentuan terakhir itu  dan masih  lagi ada perbincangan dengan pihak kerajaan negeri dan kita telah  menubuhkan satu jawatankuasa bersama  mereka untuk perhalusi pelbagai perkara termasukah isu pengambil alihan tanah, isu kelulusan untuk kerja-kerja peringkat kerajaan tempatan dan sebagainya,” katanya.

Justeru itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat walaupun laluan baru agak berbeza sedikit  tetapi tidak mengubah objektif asal yang mahu dicapai.

“Prosesnya  tidak semudah boleh selesai tahun ini. Kita jangka boleh selesai akhir tahun ini ataupun awal tahun depan baru selesai dari segi jajaran baru.

“Daripada  enam (gerabak) itu dua adalah untuk kargo dan empat adalah penumpang sahaja. (stesen kargo) ada dua, satu di Chukai, Kemaman  dan satu lagi di Dungun,” jelasnya.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri akan memberikan kerjasama dan mempermudahkan perbincangan selanjutnya dengan pihak MRL dan Kerajaan Pusat agar projek itu dipercepatkan.





SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: