Monday, 8 April 2019

Anak Terengganu Juara Kejohanan WOBLeague Jerman

SHARE

Oleh: Wan Luqman Hakim

Kuala Terengganu, 8 April-  Anak Kuala Terengganu, Engku Mohamad Ikhwan Engku Shamsu memahat rekod tersendiri apabila muncul juara pertandingan sukan lasak, Kejohanan WOBLeague 2019 di Cologne, Jerman anjuran World of Barheroes.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Abdullah, turut berkongsi kegembiraan itu dan mengucapkan tahniah kepada Ikhwan kerana membawa pulang kejayaan di peringkat antarabangsa sekali gus membanggakan seluruh rakyat Terengganu, khasnya.

"Bagi pihak kerajaan negeri, saya mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya. Semoga sukan ekstrem seperti ini akan dapat dimajukan di Terengganu dan lebih banyak lagi bakat baru akan dapat dilahirkan untuk sukan seumpama ini.


"Semoga Ikhwan dapat mencipta lebih banyak kejayaan dalam kejohanan yang diadakan di seluruh dunia," tambanya lagi.

Menurut Sukairi, kejayaan berkenaan juga membuktikan segala penat lelah dan pengorbanan yang diberikan Ikhwan sebagai ikon anak muda menerusi Sukan Streetworkout dan Calisthenics itu berhasil selepas dinobatkan johan Kejohanan WOBLeague 2019.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: