Thursday, 11 April 2019

Air Putih Sejahtera 1.0 Capai Matlamat

SHARE

Oleh: Aminji

KEMAMAN, 11 April - Penganjuran Karnival Air Putih Sejahtera 1.0 baru-baru ini berjaya mencapai matlamatnya menjadi medan pertemuan pemimpin dan masyarakat apabila ramai yang hadir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim berkata, matlamat karnival berkenaan adalah untuk menjadi platform kepada kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat, medan pemimpin bertemu masyarakat dan kolaborasi antara Pejabat Khidmat Masyarakat, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), jabatan-jabatan kerajaan dan NGO.

"Memandangkan DUN Air Putih ini meliputi kawasan yang luas, maka program ini akan diteruskan di Zon B dan Zon C pada masa akan datang," ujarnya ketika berucap merasmikan majlis penutup karnival berkenaan.



Karnival itu diisi dengan pelbagai acara, antaranya permainan rakyat, sukan memanah dan berkuda, sembang santai bersama ulama, pameran dan ceramah perdana.

Seorang dermawan tempatan telah menyumbangkan seekor lembu sadoo untuk gulai kawah jamuan rakyat. Selain itu beberapa individu dan syarikat menyumbangkan wang dan hamper untuk menjayakan program ini.

Ceramah Perdana membariskan empat penceramah iaitu Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary, Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Abd Hamid, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat dan ADUN Air Putih sendiri.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: